Tentang Kami
Latar Belakang & Visi


Syarikat Kami
Wira Sepadu Security Sdn Bhd telah diperbadankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Bawah Akta Syarikat 1965 pada 08 March 2012 dan merupakan Agensi Persendirian berlesen di bawah Seksyen 2 (a) dan 2 (b) Akta Agensi Swasta 1971 yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan komersial dan penyiasatan swasta di Malaysia. Syarikat dipimpin oleh individu dan pasukan yang berpengalaman dalan industri keselamatan. Syarikat ini mempunyai rancangan dan visi yang jelas untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan yang penuh dengan integriti, kebolehpercayaan dan professional.
Roadmap Kami
Wira Sepadu Security Sdn Bhd berhasrat untuk menjadi syarikat terkemuka dan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan kebanggaan negara Malaysia. Wira Sepadu Security Sdn Bhd mempunyai misi dan visi yang jelas untuk profesion keselamatan supaya orang memandang tinggi terhadap profesion keselamatan.
Visi Kami
Menjadikan Wira Sepadu Security Sdn Bhd, syarikat keselamatan terhebat serta mendigitalkan keselamatan di Malaysia menjelang 2035.



